16 Mei 2016

Rejab telah berlalu Sya'aban sedang kita lalui dan Ramadhan Mubarak akan kita tempuhi ...

Destinasi manusia dihujung dunia. Janji Allah pasti
Bulan Rajab  sudah berlalu. Say’aban sedang kita lalui untuk menuju Ramadhan Mubarak. Seiring perjalanan waktu dari hari berganti minggu,bulan dan tahun membawa kita keusia yang mendekati kematian.

Semakin hari usia manusia menjadi lebih pendek dan mahal harganya. Kesempatan untuk berbuat sesuatu semakin terhad. Kekuatan fizikal dan mental makin menyusut. Pada ketika itu  mungkin nama rasminya sudah jarang disebut oleh anak dan keturunanya.  Panggilan “atuk” dan “nenek” sangat lazim diguna pakai dalam khidupan seharian.

Namun rezeki manusia, Allah tetapkan tidak sama. Ada yang baik dan ada yang terus diuji dengan kesempitan dan kesusahan sehingga ke usia “wargaemas”. 
Menumpang kaseh dengan di Warisan Kaseh Darul Maghfiroh

Berbahagialah bagi mereka yang dikurniakan Allah rezeki aman,damai dan bahagian diusia emas. Bersyukurlah pada Allah kerana mempunyai keturunan yang mampu menghargai usia mahal ini. Dan itulah doa kita sepanjang masa agar mendapat kebahagian dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Hari tidak sentiasa cerah dan gelap. Ada kalanya panas yang diharapkan sehingga petang, rupanya hujan ditengahari. Ada juga  disangka hujan sepanjang hari, tetapi ia reda ditengahari dan sinar matahari memberi harapan hingga ke petang. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keperluan hamba-Nya. Bagi kita terima lah semuanya itu sebagain ujian Allah. Kita lalui dengan tenang ,syukur dan tabah semoga Allah memberi semula apa yang diaturkan untuk kita.
Makan bersama dengan sukarelawan

Menjelang Ramadhan Mubarak ini, Rumah Wargaemas Warisan Kaseh sering menjadi tumpuan persinggahan kepada wargaemas  yang ingin menumpang sementara kerana mereka tinggal sendirian setelah kematian suami atau atas sebab lain yang menjadi rahsia mereka.
Kami menyediakan tempat untuk mereka sementara atau kekal lama sehingga masalah mereka selesai.
Program berbuka puasa bersama masyarakat di Warisan Kaseh Darul Maghffiroh
Pendekatan ini kami gunakan kerana ingin berkongsi menyelesaikan masalah ibu atau bapa wargaemas yang tinggal sendirian. Kami tidak berniat untuk mengambil tanggungjawab dari anak-anak dan waris mereka tetapi kami inging berkongsi sama melayan mereka , saling berbahagi dan membantu.

Semoga dengan usaha yang sudah berjalan lebih 4 tahun ini memberi menfaat kepada ummat.

Tiada ulasan: