24 November 2014

MEREKA MEMERLUKAN ANTARA SESAMA

Perasaan resah dan gelisah sudah lama ditanggung. Tiada banyak bicara,senyum juga tawa dari mereka . Itulah apa yang dirasai oleh sebahagian dari ayah,ibu,nenek dan atok-atok penghuni Rumah Warisan Kaseh. Hari-hari yang dilalui selepas dan mungkin akan datang seperti sama sahaja.
Tiba-tiba suasana berubah menjadi ceria dan penuh bermakna. Alunan qasidah dan selawat yang mulanya seperti syahdu menjadi lebih bersemangat bila semua yang hadir mula berqasidah sama. Riak senyum terukir diwajah-wajah tua berbalas genangan airmata diwajah muda. Itulah reaksi spontan wargaemas Warisan Kaseh dan para pelajar UNITAR yang berkunjung dan beraktiviti di rumah wargaemas ini.

Mereka bukan ada pertalian saudara sesama mereka,tetapi perasan tidak boleh disembunyikan. Mereka boleh saling berbahagi rasa dan cerita. Terima kasih atas kehadiran semua dalam Majlis Tautan Muhibbah Penghuni Rumah Warisan Kaseh dan Pelajar UNITAR pada 23 November 2014.
Menumpang kasih


Semoga Allah memberkati usaha ini dan Allah mempermudahkan segala urusan.

Tiada ulasan: