11 Februari 2011

MENERIMA KEMASUKAN WARGA EMAS YANG SIHAT DAN BERSEDIA MENGIKUTI KULIAH/PENGAJIAN AGAMA

Warisan Kaseh
RUMAH WARGA EMAS
DARUL MAGHFIROH

PENGENALAN

Lokasi di alamat Komplek Darul Maghfiroh Jilul Marzuki Lot 3886 Jalan Dahlia,Kampong Sungai Kelambu Timur 42700 Banting Kuala Langat Selangor Darul Ehsan. Sebuah kampong tradisional 10 km dari Bandar Banting.


TUJUAN DAN OPERASI

Tujuan utama rumah Warga Emas ditubuhkan untuk menyediakan tempat tinggal yang mampu memberi kemudahan bagi Warga Emas menuntut ilmu fardhu ain disamping beramal dengan ilmu yang dipelajari. Selain memberi kemudahan belajar dan beribadah ,rumah Warga Emas ini juga diyakini dapat memberi keselesaan dan ketenangan kepada penghuninya. Selain itu penubuhan rumah Warga Emas ini ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin terhadap golongan ini dan membantu kerajaan melaksanakan dasar Negara/negeri berkebajikan.

Rumah Warga Emas ini bukannya pusat penjagaan semata-mata, bahkan ia lebih mirip kepada pusat pengajian dan tarbiyah secara tradisional (ala-pondok)yang dihuni oleh individu Warga Emas yang ingin belajar ilmu agama dan memberi tumpuan beramal. Oleh yang demikian anak-anak akan menghantar ibu atau bapanya ke rumah ini untuk menuntut ilmu agama serta secara istiqomah mengamalkan ilmu yang dipelajari. Ia merupakan tanda kasih sayang terhadap ibu atau ba dengan menyediakan suasana yang kondusif dan peluang untuk ibu atau bapanya beribadah tanpa sebarang gangguan bagi persiapan hari akhirat.

Pandangan ,tanggapan dan minda masyarakat perlu diubah kerana Rumah Warga Emas ini merupakan tempat bagi golongan orang lanjut usia menambah ilmu agama ,kerana ada yang tidak tahu membaca al-Quran seumur hidupnya. Atau ada yang membaca al-Quran setakat hafalan dan iku-ikutan. Maka persiapan menuju alam barzah (kematian) perlu disediakan dengan amalan seperti membaca al-Quran,sembahyang berjemaah dan mengaji fardhu ain. yang di dalamnya termasuk pelajaran Fardhu Ain dan bacaan Al Quran .

Oleh yang demikian golongan ini semestinya mementingkan permakanan yang sihat. Penghuni yang berkemampuan dibenarkan memasak sendiri makanan,manakala bagi yang tidak mampu atau uzur pihak pengurusan akan menyediakan makanan. Bayaran hanya dikenakan kepada mereka yang mampu sahaja.


SYARAT DAN KELAYAKAN KEMASUKAN

Syarat yang ditetapkan ialah penghuni Warga Emas antaranya ialah sihat tubuh badan, dimana setiap warga emas yang ingin tinggal di Rumah Warga Emas hendaklah sihat dalam ertikata tidak memerlukan rawatan intensif atau mengalami keuzuran yang teruk untuk berjalan.

Bayaran yang dikenakan kepada penghuni adalah untuk menampung kos air,elektrik dan penyelenggaraan harian. Sementara bagi yang tidak mampu,kos penginapan akan ditanggung boleh pengurusan melalui suber sedekah jariah orang ramai. Berdekatan Kompleks Darul Maghfiroh Jilil Marzuki ini juga disediakan kedai bagi memenuhi keperluan penguhuni mendapatkan barang keperluan harian. Keperluan pakaian di uruskan sendiri oleh penghuni sendiri kecuali bagi mereka yang tidak mampu membasuh akan di Bantu oleh pihak pentadbiran darul Maghfiroh. Ada juag pihak yang secara sukarela merbasuh pakaian Warga Emas tersebut.

RENUNGAN DAN MUHASABAH
Surau untuk kemudahan beribadah  harian

Menghantar ibu atau bapa ke Rumah Warga Emas ini bukan bermakna anak-anak mahu melepaskan tanggunbgjawab. Malah jika niat untuk memberi peluang dan suasana selesa menimba ilmu ,ia akan menjadi ibadah. Ini tidak bermakna dengan menetap di sini menyebabkan hubungan antara anak dan ibubapa akan renggang atau terputus. Malah anak-anak mereka yang terdiri dari pelbagai golongan masyarakat di sarankan dan digalakkan menziarahi ibu atau bapa mereka sekerap yang mungkin dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan orang tua mereka. Tanggung jawab seorang anak kepada orang tuanya tetap perlu ditekankan dan tidak seharusnya anak-anak bersikap “lepas tangan” dalam urusan kebajikan.

Insya Allah dengan menyediakan Rumah Warga Emas ini,para penghuninya akan merasa lebih khusyuk menimba ilmu kerana suasana dan keadaan persekitaran yang mendokong serta banyak pengajian yang diadakan sesuai dengan peringkat umur mereka.

Pihak pengurusan Darul Maghfiroh tidak menghadkan tempoh untuk tinggal di Rumah Warga Emas ini. Mereka boleh tinggal di sini setakat yang mereka mahu atau hingga akhir hayat. InsyaAllah keakraban yang akan terjalin dengan panduan ilmu agama mampu membentuk satu ikatan kekeluargaan yang tinggi nilainya.

Para ibu dan bapa ini telah mengorbankan hamper keseluruhan kesenangan hidup mereka untuk mendidik anak-anak bangsa dan berkhidmat kepada masyarakat. Jadi telah tiba masanya bagi anak-anak itu sendiri bersungguh-sungguh membalas jasa ibu dan bapa mereka yang terlalu tinggi nilainya. Tidak ada yang lebih bermakna bagi ibu dan bapa kita ini melainkan dari menghabiskan hujung hayat mereka dengan beramal soleh tanpa “gangguan-gangguan yang tidak perlu” seperti terlalu sibuk dengan hal duniawi dan dari memikirkan masalah-masalah semasa yang sepatutnya ditangani oleh anak-anak mereka. Mudah-mudahan dengan wujudnya Rumah warga Emas Darul Maghfiroh ini akan menjadi wasilah bagi generasi muda dan masyarakat bagi memikir serta benar-benar menghargai sumbangan bernilai warga emas ini.


PENUTUP

Semoga mereka dapat menumpukan akhir hayat mereka dengan beribadah secara istiqomah (berterusan dan konsisten) dan dengan penuh khyusuk. InsyaAllah moga-moga usaha kebajikan yang murni ini mendapat keredhaan dan limpahan kurnia Rahmat Allah swt.

Bagi mereka yang prihatin dan ingin turut serta membuat amal kebajikan bagi manfaat Didunia dan Akhirat, sumbangan dari Badan-badan Kerajaan,badan-badan Bukan Kerajaan (NGO),pihak-pihak korporat ataupun orang perseorangan adalah amat dialu-aluan .

Permandangan dari hadapan



CATATAN :UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:-
MASRUKHIN MARZOKI 013-3888234 atau email ke alamat: masrukhin1963@gmail.com/salmas1963@gmail.com


Tiada ulasan: