02 Mei 2016

PERJALANAN HIDUP YANG SERING TIDAK MENENTU.

Allah sentiasa menguji hamba-Nya untuk mempertingkat darjat dan kedudukan. Kerana Allah menilai manusia dari iman dan taqwanya .
Namun sejauh mana kita manusia menyikapi segala permasalahan hidup dengan sikap yang positif dan berpandu kepada iman ?  Hanya kita sendiri yang tahu dimana duduk sebenar perkara ini.

Meniti usia-usia emas selayaknya kita menilai diri dan maklum bahawa kita akan kembali secara fitrahnya kepada ciri-ciri asal. Dari usia bayi menjadi kanak-kanak,remaja,dewasa dan tua. Perubahan fizikial dan mental juga akan turut berlaku. Dari keadaan lemah menjadi kuat dan akan melemah kembali perlahan-lahan sesuai dengan perubahan fizikal hingga kembali kepada asal.

Di usia emas inilah ujian akan berlaku dan persimpangan ini selalu memacu emosi antara dua generasi. Sering terjadi konflik antara anak dan ibubapa usia emas. Faktor ekonomi dan sosial sering dijadikan alasan berkonflik. 

Rezeki setiap orang berbeza. Bagi yang berjaya memahami keadaan dan berjaya melepasi ujian ini, Allah janjikan sesuatu  yang tinggi nilai . Redha Allah bermula dari redha ibubapa . Juga sering diungkapkan " Syurga dibawah telapak kaki ibu".

Tidak kurang mereka yang Allah uji dengan permasalahan menghadapi ibubapa yang sudah berusia. Kegagalan mereka memahami antara satu sama lain sering memacu konflik yang berpanjangan. Maka timbullah perkataan "Anak Durhaka" dan sebagainya.  Kehidupan menjadi tidak selesa kerana konflik yang berpanjangan. Apakah persoalan sebenarnya yang berlaku.

Kemana jalan keluarnya? 
Apakah hukum karma sudah sampai? 
Apakah apa yang kita beri sebelumnya kembali kepada kita?
Apakah kesudahanya?
Semua soalan ini hanya akan dapat dijawab dengan ilmu yang berpandu kepada iman dan taqwa. Namun ramai yang memilih untuk menjawab dengan emosi . Apakah ia baik untuk kita dan keluarga kita?





Tiada ulasan: