11 Februari 2016

Aktiviti harian untuk penghuni Rumah Warisan Kaseh yang menuntut kesabaran tinggi dari Ustaz pembimbing....

Sudah lama tidak menyumbang bahan cerita dan berita Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh. Alhamdulillah sedikit waktu dan kesempatan meninjau para penghuni melakukan aktiviti rutin setiap petang mereka.

Terima kasih Ustaz Shukree Norusdeen yang tidak merasa tercabar dan bosan membimbing nenek-nenek dan atok-atok mengulangkaji bacaan Al Quran. Semoga khidmat beliau menjadi jariah berpanjangan . Sesungguhnya beliau membei jalan untuk para penghuni mencari bekalan yang akan dibawa pulang menghadap penciptanya. Mereka rata-rata berumur 70an dan sangat hampir ke rumah abadinya.





Tiada ulasan: