28 Disember 2015

Allah sudah mentakdirkan begini.

Tahun 2015 sudah dipenghujungnya. Alhamdulillah Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh masih terkawal dan bersedia membantu mereka yang memerlukan sekiranya memenuhi syarat.

Terima kasih kepada semua pihak terutamanya waris penghuni yang banyak memberi kerjasama dan khidmat kearah membantu menyelesaikan masalah penghuni .
Tidak lupa penghargaan kepada Puan Salmi Senam selaku pengurus yang sentiasa sabar melayan kerenah penghuni. Para penyumbang  dan pelawat yang telah pernah bersama Warisan Kaseh. Bertapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  
Kepada para pelajar dari pelbagai pusat pengajian tinggi yang telah pernah bersama kami, terima kasih tidak terhingga kerana kehadiran kalian beraktiviti di Rumah Warisan Kaseh ini sangat memberi impak yang positif kepada  penghuni. Semoga semua yang dilakukan akan menjadi amal kebajikan. Dari pngalaman bersama penuntut universiti yang memberi testimoni, mereka berkata ada sesuatu di Rumah Warisan kaseh yang perlu dikongsi.

Tagline " Masih Ada Yang Sayang" sangat sinonim dengan rumah ini kerana selalu digunakan oleh mereka yang beraktiviti di rumah ini. terima kasih semua , semoga ada kebaikan didalamnya.




Tiada ulasan: