15 Julai 2012


TAHAP KESIHATAN SEMAKIN MENURUN BILA USIA MENNGKAT . 

Penyakit Parkinson bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Parkinson adalah keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.
Punca Parkinson yang dikenali sebagai penyakit orang tua masih belum diketahui secara tepat tetapi dipercayai ada kaitan rapat dengan keturunan, dan hampir 10 peratus pesakit mewarisinya daripada keluarga mereka. Manakala 90 peratus lagi masih misteri, walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun serangga dan rumpai dalam makanan.
Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.

Tiada ulasan: