15 Julai 2012

MENJELANG RAMADHAN .......... berusaha mengumpul tenaga dan keupayaan untuk membuat amal kebajikan...sebanyaknya

Membuat kebajikan dibulan Ramadhan adalah amalan biasa kebanyakan umat muslim. Dari memberi sedeqah sebutir buah kurma untuk berbuka hingga meraikan anak-anak yatim yang memakan perbelanjaan besar. Tapi ramai yang terlupa akan adanya ramai insan yang dulu seusia mudanya hingga dipaksa memakai gelaran warga emas dan banyak  berjasa ,kini tinggal sendirian dirumah warisan sang suami atau pemberian anak-anak. Menjelang Ramadhan golongan ini sangat merindui suasana dulu,riuh rendah kesibukan anak-anak dan keluarga. Tapi apakan daya ...sekarang .anak-anak mempunyai keluarga sendiri,mereka ada tanggungjawab dan komitmen masing-masing.

Kami di Warisan Kaseh Darul Maghfiroh memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk sama-sama membuat amal dengan menyediakan tempat kepada golongan warga emas ,samada yang tinggal bersendirian atau yang ingin hidup sementara bersama rakan-rakan seusia dengan mereka. Kita akan berpuasa bersama,berbuka bersama,sholat terawikh bersama, sahur bersama, mengulangkaji pelajaran fardhu-ain bersama,bertadarus Al-Quran bersama dan lain-lain aktivit yang sesuai bersama. Kita wujudkan suasana meriah bersama. InsyaAllah kereka akan ceria menjalani Ibadah sepanjang Ramadhan ini.

Oleh itu jika ada sesiapa sahaja wargaemas yang berminat, atau sesiapa yang ada maklumat ada wargaemas yang hidup sendirian tanpa teman dan kawan kita usahakan untuk kita kumpulkan di Warisan Kaseh. Hubungi saya untuk urusan berkaitan. InsyaAllah Allah akan beri kemudahan dan jalan untuk kita sama-sama membuat kerja kebajikan.

WARISAN KASEH Darul Maghfiroh
Lot 3886 Kg.sg.Kelambu
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-31875304
H/P : 6013-3888234
Email : atus@streamyx.com
           salmas1963@gmail.com

Tiada ulasan: