22 Februari 2014

HARI INI KITA ADA KEUPAYAAN, ESOK LUSA BELUM TENTU.

Salam perjuangan untuk hidup bahagia dunia dan akhirat. Hidup tiada yang kekal kecuali Allah pencipta segala kehidupan. Apabila usia dimamah waktu segalanya akan berkurang.
Begitulah resam dan adat hidup. Berkongsi pengalaman kehidupan sangat pelbagai dan sangat penting untuk muhasabah diri.
Segala apa yang kita ada tidak akan kekal. Keupayaan dan kekayaan yang Allah beri adalah nikmat yang wajib disyukuri. Kemiskinan dan kekurangan adalah ujian yang harus diinsafi. Lazimnya kita tahu bila kita berkeupayaan dan Allah sempunyikan bila kita akan hilang keupayaan kerana bila keaadan ini berlaku sukar untuk kita berbuat apa-apa.
Berilah dan bantulah waktu kita mampu dan berkongsilah sewaktu kita memerlukan. InsyaAllah Allah akan memberi kemudahan @kelapangan kepada sesiapa yang memberi atau berusaha menyediakan kelapangan untuk orang lain. 

Tiada ulasan: