21 Mei 2016

Berkongsi Kasih Meraih Pengalaman.

20 Mei 2016 bersamaan hari Jumaat bermula jam 3.00 pm seramai 80 pelajar dan beberapa orang guru Sekolah Menegah Sri Putri Cyber Jaya berada di Rumah Warisan Kaseh untuk program berkongsi kasih meraih pengalaman.
Foto bersama peserta dan penghuni
Program ini merupakan program penganjuran kali kedua sekolah ini. Bagi pihak Rumah Warisan Kaseh ini merupakan satu penghargaan bermakna dan memberi banyak manfaat kepada kedua belah pihak.
Ucapan wakil SM Sri Putri Cyber Jaya
Para pelajar diberi peluang bersama para penghuni Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menyelami kehidupan wargaemas dan melakukan aktiviti bersama termasuk mengecat beberapa ruangan dan kerja pembersihan sekitar rumah ini.
Perkongsian pengalaman

Penyelaras program Ustaz Mukhtar menjelaskan program ini sangat bermakna kepada para pelajar dan guru terlibat kerana diyakini dapat memberi ilmu asas juga pendedahan awal tentang perjalanan kehidupan.
Kepada para penghuni mereka dapat berkongsi kasih kepada para pelajar yang lebih bersifat sebagai nenek atau datuk dengan cucu.
Acara membakar ayam memberi pengalaman
 istimewa kepada para pelajar
Dalam pada itu sebelum majlis makan bersama para penghuni  sessi perkongsian ringkas disampaikan oleh para pelajar bagi menyatakan kepentingan hubungan baik sesama insan dalam pelbagai peringkat lebih-lebih  lagi hubungan antar golongan remaja dan mereka yang berstatus wargaemas.
Makan malam bersama wargaemas
Diakhir majlis pihak sekolah menyampaikan sumbangan kepada pihak Rumah Warisan Kaseh untuk persiapan menghadapi bulan Ramadhan. Mudah-mudahan program sepetang di Rumah Warisan Kaseh dapat memberi kenangan dan pengalaman kepada peserta.

Tiada ulasan: