15 Februari 2014

BILA RESAH MENJAMAH KALBU

Hari-hari berlalu meninggalkan jejak dan waktu. Yang muda menjadi dewasa dan tua. Semuanya dilalui dengan penuh suka,duka tawa malah tak kurang yang terhimpit derita..
Gambar hiasan dan tiada kaitan dengan cerita ini.
Nenek umur dah 70an tahun, hampir 6 bulan tidak bercakap dengan sesiapa pun kecuali dengan kucing yang setia menemani sejak sekian lama. hidup bagai sebatang kara. Pernah berkahwin pada umur waktu itu 51 tahun. Ditakdirkan suami meninggal dulu dan sempat bersama 5 tahun. Allah tidak kurniakan anak sendiri. yang ada anak tiri dari suami yang ketika waktu berkahwin sudah dewasa dan berkeluarga.Dengan sedikit harta yang ada bersama suami membina rumah ditanah milik suami. Allah uji dengan suami pulang menghadap Allah terlebih dulu. Nenek tinggal sendiri hampir 10 tahun sehingga satu hari nenek jatuh dibilik air tanpa orang tahu beberapa hari. Mujurlah ada jiran yang datang membantu selepas dua hari tertiarap sendirian.Darah akibat luka jatuh  di kepala sudah kering. Waktu itu,  bagai sudah jatuh ditimpa tangga bila anak tiri datang menuntut hak atas harta bekas suaminya. Nenek dihalau dari rumah yang dibina bersama suami . Sedih dan pilu hati ini, tapi syukur ada anak saudara yang datang mengambil nenek merawat dan menjaga sehingga keadaan pulih. Lebih 4 tahun nenek tinggal bersama anak saudara . Nenek ke sini nak tengok tempat untuk menumpang hidup sambil belajar sikit-sikit. Dirumah pun sendirian  hati selalu resah  dan kadang-kadang menangis sendiri tanpa sedar. Itulah sebahagian cerita seorang nenek yang datang ziarah Rumah Wargaemas Warisan Kaseh . InsyaAllah nenek ini akan menjadi penguni rumah ini bersama rakan sebaya.

Bertapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah realiti kehidupan. Kita manusia , perjalanan hidup Allah yang atur dan kita hanya berusaha dan berikhtiar. Bantulah diwaktu kita mampu memberi kerana sesungguhnya kita  tidak tahu bila waktu kita tidak mampu.



Tiada ulasan: